Khamis, 11 Disember 2008

cerita motivasi bom2 time cuti

Cerita-cerita Motivasi Dan Inspirasi

Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.Jawab guru tersebut,”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“


SIAPA LEBIH BIJAK?

Seorang leleki telah menjadi seorang jurutera dan mempunyai 2 orang anak. Telah berjumpa dengan bekas gurunya yang telah mengajar semasa dia sekolah rendah dan telah menjadi seorang wakil rakyat.Kebetulan parti yang dimasuki oleh jurutera itu adalah berlainan dengan parti bekas gurunya maka dengan lantang dia sering membangkang apa yang dikatakan oleh bekas gurunya semunanya tak betul belaka.Seorang alim telah menegur lelaki itu."Mungkin dari segi ilmu kejuruteraan , sains dan teknologi..... kamu lebih baik daripada bekas guru kamu tapi dari segi bijaksana.... dia lebihbijaksana daripada kamu. Ilmu yang paling berharga ialah kebijaksanaan dalam segala hal hingga tidak menyalahkan orang lain dan merasa diri lebih pandai .

"NILAI KEHIDUPAN"

Di depan ramai muridnya, seorang guru menceritakan pengalaman bertemu dengan seorang veteran prajurit mantan penerbang Perang Dunia II.Pada suatu hari, prajurit tersebut menerbangkan ratusan pekerja dari Cina untuk membuat projek jalan melintasi hutan di Myanmar.Jarak penerbangan tersebut cukup jauh dan lama. Untuk menghilangkan kebosanan sekaligus memanfaatkan waktu luang, pekerja2 itu bermain judi dengan daun terup. Awalnya mereka bertaruh dengan duit dan harta yang ada di badannya. Semakin lama lantaran tidak ada lagi yang dipertaruhkan, mereka bertaruh dengan hidupnya. Yang kalah mesti terjun ke keluar pesawat tanpa menggunakan payung terjun.Bayangkan!"Alangkah mengerikan dan kejamnya mereka!" teriak seorang murid mendengar cerita tersebut."Memang, benar," jawab Guru, "Tapi dengan begitu permainan menjadi semakin mengasyikkan... melupakan!"Kemudian ia melanjutkan kata2, "Kamu baru dapat mensyukuri nikmat hidup bila pernah dipertaruhkannya. Oleh fikirkanlah bahawa nilai kehidupan ini amat tinggi

"KEGAGALAN YANG ABADI
Apakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba barang sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.Apakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Perhatikan pesan yang berusaha disampaikannya. Rasa takut membuat anda lebih waspada. Rasa takut memberi energi ekstra. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi cabaran yang sukar. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda - lebih dari rasa takut.Rasa takut sebenarnya keistimewaan untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajarkan anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut -dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mula bertindak. Bila anda sudah mencuba - dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang boleh dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.

PRODUKTIVITI

Penebang pokok akan mengasah kapaknya. Pemburu akan senantiasa menegang dan membetulkan busurnya. Penulis akan meraut pensilnya. Tukang akan senantiasa mengasah pahatnya. Mereka kita akan senantiasa memperbaharui peralatan- nya. Ini adalah prinsip MUDAH tentang produktiviti.Tak banyak pohon yang boleh ditebang oleh kapak yang tumpul dan haus. Tak ada buruan yang mampu ditaklukkan oleh busur yang renta. Tak sebuah kata dapat tertulis dari pensil yang patah. tak ada rumah kayu yang tidak berpahat. Maka, apa yang harus anda asah agar tetap meraih kehidupan pribadi dan karier kita yang penuh bermakna dan berlimpah ruah?Kita memiliki sesosok tubuh yang pasti renta terkikis usia. Juga kecerdasan yang segera tak banyak bererti tertinggal kemajuan zama. Serta sekepal hati nurani yang mudah diburamkan oleh debu-debu dunia.Maka, tiada yang patut kita rawat selain tubuh agar senantiasa menjadi rumah yang nyaman bagi jiwa. Tiada yang perlu kita asah selain fikiran dan ketrampilan agar selalu dapat di gunakan untuk membuka pintu kemakmuran. Serta, tiada yang harus kita pertajam selain hati nurani yang memungkinkan kita mendengar nyanyian kebahagiaan hidup ini.Rakan-rakan.... marilah kita asah minda kita untuk berfikir secara kreatif dan logik. Menulis umpama senjata tajam yang dapat kita gunakan untuk mengorek tanah bagi bercucuk tanam atau memotong pohon untuk dibina bangunan atau memanah buruan untuk mendapat makanan atau membunuh musuh bagi kehidupan selanjutnya.

Seorang Nelayan Dan Sebuah Kehidupan
Cerita tentang nelayan adalah sebuah cerita klasik yang kebenarannya perlu kita renungkan.Suatu hari, seorang usahawan sedang berkelah bersama keluarganya di sebuah kampung nelayan. Dia merasa terganggu apabila melihat seorang nelayan sedang berehat-rehat di bawah pohon kelapa.“Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke laut?”“Pakcik sudah turun ke laut semalam dan pakcik perlu beristirehat.”“Kalau pakcik turun ke laut lagi, pakcik akan dapat menangkap banyak ikan.”“Lalu … ?”“Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk membeli sebuah perahu.”“Lalu … ?”“Dengan perahu itu, pakcik tak perlu lagi menyerahkan sebahagian pendapatan pakcik kepada tuan punya perahu.”“Lalu … ?”“Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang untuk membeli perahu kedua …”“Lalu … ?”“Dengan dua perahu, pakcik boleh mengumpulkan banyak wang dan seterusnya pakcik boleh membeli perahu ketiga, keempat dan seterusnya …”“Lalu … ?”“Jika perahu pakcik sudah banyak, pakcik boleh menyewakan perahu pakcik kepada nelayan-nelayan lain sehingga pakcik tidak perlu lagi turun ke laut …”“Lalu … ?”“Pakcik boleh hidup tenang dan bersantai sepanjang masa …”Nelayan itu tersenyum lalu berkata, “Menurut Encik, apa yang Pakcik tengah buat sekarang?”

PENGAJARAN:Nasihat usahawan itu baik tetapi apa yang dilakukan oleh nelayan tersebut juga mengajar kita satu hal iaitu HIDUP PERLU SEIMBANG. Pepatah Inggeris ada mengatakan:“Berkerja terus menerus tanpa istirehat akan menghasilkan orang seperti Jack yang mati dengan cepat dan Jean seorang janda yang kaya.”Kita perlu secara sengaja berhenti sejenak dari kerja keras dan rutin seharian kita untuk menikmati segarnya rumput-rumput yang hijau, kicauan burung di udara dan harumnya mawar yang sedang mekar.

Kehidupan Seekor Helang
Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya dapat mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40.Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:-Menunggu kematian, atau-Mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan --- suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari.Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang k eatas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi jurang , berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu. Suatu proses yang panjang dan menyakitkan.Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!PENGAJARAN:Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang konservatif, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan.Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah sang penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa dan melayukan semangat kita. Anda adalah helang-helang itu. Perubahan pasti terjadi. Maka itu, kita harus berubah!





Koleksi Lawak I
LAWAK 1 Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."Kenapa..?" tanya temannya kehairanan."Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda."OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi."Bukan begitu.., sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu Muda.======================

LAWAK 2 Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya."Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang""Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si teman penuh simpati."Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."======================

LAWAK 3 Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung.Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau plak..En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.======================

LAWAK 4 Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya"Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!"Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana , si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkannya kembali."Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...! " rengus si isteri."Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini..."======================

LAWAK 5 Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti."Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan."Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya.Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."======================

LAWAK 6 Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!Isteri: Kenapa?Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!======================

LAWAK 7Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya."Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut."Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.======================

LAWAK 8Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering."Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya."Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi."Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa."Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi."Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?""Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"======================

LAWAK 9Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala.Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?""Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos."Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kamibercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun."Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"======================

LAWAK 10Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja.Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!


Koleksi Lawak XV
LAWAK 1Seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?""Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu."Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?"Dua puluh empat."================

LAWAK 2Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "A! gak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya================

LAWAK 3Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian."Kenapa ni sayang?" tanya Salman."I diserang sakit jantung", jawab isterinya.Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"================

LAWAK 4Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"Jururawat: "Erkkk... "================

LAWAK 5Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."================

LAWAK 6Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"================

LAWAK 7Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka.Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu.Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... . " I AM ROBIN HOOD... ... ... ... "Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP. .. ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... ... . ... ... "I AM SORRY... .!!"================

LAWAK 8JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "================

LAWAK 9Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali.Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang.Ali : Kau dah makan pisang tu?Ahmad : Belum lagi...Ali : Eloklahhh... .. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!...================

LAWAK 10"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!""Maaf, saya tidak tahu.. encik""Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani? ""Maaf, saya tidak tahu juga, encik..""tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?""Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Koleksi Lawak XIV
LAWAK 1Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana . Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan.Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba ?tiba si suami memanggilnya semula.Suami : Nak pergi mana?Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!Isteri : @#%$*!?/&$( %#@#@$%&^ %*&^?&%$ #^!@~--------------------

LAWAK 2Pertanyaan perempuan dan makna tersembunyinya ....

1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.Ini cuma contoh saja.--------------------

LAWAK 3Sebuah jenaka lama tetapi menjadi agak relevan sejak akhir-akhir ini...Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL. Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin. Namun depa berdua ni masih tinggal dirumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih tader 'privacy' lansung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. ISkh memang tader 'privacy' langsung lah lelebih lagi depa nih baru berkahwin.Cuba korang semua bayangkan camana tuh.... memang masalah bosar betul. Nak cakap pun takbleh kuat-kuat. Lepas tuh nak gerak gerak pun tableh lasak sangat. Yerler dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lelebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak.Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kene pastikan bebetul yang orang lain dah tido. Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu. Bahasa isyaratnya ialah "kamu mau makan oren" Dan sutijah akan menjawab "Mau".Sebagai couple yang baru berkaahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'.Perkara ini berlanjutan sehingga berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini pada satu malam. Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat."Kamu mau makan oren" kata Parman kepada Sutijah.Belum sempat Sutijah menjawab " mau " tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata :" Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya!"Malam itu tertutup selera Sutijah untuk makan oren. Esoknya Parman terus berjumpa dengan majikannya untuk mencari rumah yang lain........ ..Moralnya citernya.... ... Jangan asik makan oren saja... perlu tukar-tukar juga sama ngan buah lain.--------------------

LAWAK 4Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancarSetelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya."Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor."Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu."Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu."Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu."Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut."Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...--------------------

LAWAK 5Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?"Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.Orang Tua: Emm... bukan.Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.Orang Tua: ... pun bukan.Pelajar A: Habis tu?Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang. ..--------------------

LAWAK 6Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".--------------------

LAWAK 7Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami."Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq"."Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni"."Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam"."Itu saja ke haji?""Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.""Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter."Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad."Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?"."Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat."Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".Hah? moral of the story? jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!--------------------

LAWAK 8Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela""Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"Jawab kadi.."Hak kamu le.."Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."MORAL:Hak penjagaan anak patut diberi kepada yang paling bertanggungjawab terhadap masa depan anak itu.--------------------

LAWAK 9Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.."Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari."Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang..!"Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja.."MORAL:Lelaki Muslim hanya boleh berkahwin dengan 4 isteri pada satu masa, tidak seperti lembu. Soal berapa kali sehari itu terpulanglah pada kemampuan masing-masing.--------------------

LAWAK 10Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri.. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya.. kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi keORIGINALannya belum lagi diketahui... setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya.. si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL..Kemudian orang tuanya pun bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?"Anaknya dengan selamba campur megah berkata: "Betul abah...! ORIGINAL...! Plastik pun tak bukak lagi...!"MORAL:Jauhilah lelaki CIPLAK - yang sudah tidak ada plastik.. huhuhu..--------------------

LAWAK 11Cara-cara nak cover malu ...1. Kalo tersepak batu: jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... Lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat

LAWAK...3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat- kuat.."oi! Apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda.. Kalo takde.. Baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... Haa... Ni lah masa sesuai untuk bangun semula....7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... Ye tak?....


Koleksi Lawak XIII
LAWAK 1Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, shan terpandang amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati amin.Shan : kenapa menangis?Amin : saya datang untuk ujian darah.Shan : awak takut ke?Amin : bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(mendengarkan penjelasan amin, shan menangis.)Amin : eh, kenapa pula awak menangis?Shan : saya datang untuk ujian air kencing...-----------------------

LAWAK 2Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."atok buat apa tu?"."atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.Cucunya bertanya lagi, "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"-----------------------

LAWAK 3Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.Polis : mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?Penjaga : lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.Polis : hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?Penjaga : masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...-----------------------

LAWAK 4Disebuah negeri terdapat beberapa orang raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang perdana menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.Pada satu hari perdana menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka raja tersebut dengan wajahnya.Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.-----------------------

LAWAK 5Suatu hari, salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.Salmah : hello, adakah itu cikgu aminah binti ali, guru kelas tahun 6 hijau?Cikgu : ya, saya.Salmah : cikgu, hari ini salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.Cikgu : ok... Ok..., er... Boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?Salmah : emak saya...-----------------------

LAWAK 6Pada suatu hari yang damai, tipah berjalan menuju ke stesyen lrt yng berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya, "kak .... Masjid jamek berape?".Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab, " masjid jamek ade satu jek."-----------------------

LAWAK 7Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke pulau pinang kerana dinaikkan pangkat."semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata hamid kepada wahub."baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya wahub.Jawab hamid, "saya tidak dijemput..."-----------------------

LAWAK 8Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.Pegawai :awak ada pengalaman ke?Pemuda :tak ada.Pegawai :awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.Pemuda : kenapa tuan?Pegawai : banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?Pemuda : ooohhh... Tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!-----------------------

LAWAK 9Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan."ada apa pak cik?," tanya pengawal hospital.Lelaki itu menjelaskan, "saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'.""dia cuma mahu menenangkan pak cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal."dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"-----------------------

LAWAK 10Diceritakan di dalam sebuah hutan, tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan...Babi : isk, boring la plak kan kerbau..Kerbau : a'ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..Babi : ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau.Kerbau : hm, ok gak. First kau lukis muka aku dulu pastu aku plak lukis muka kau.Babi : ok. Kau dok diam2..5 minit kemudian.... ..Babi : hah, dah siap, nah..Kerbau : wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muka kau..Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi..5 minit kemudian...Kerbau : nah dah siap muka kau yang lawa ni..Babi : (muke tetiba jadi merah) (lalu marah kat anak kerbau) ape yang kau lukis nie kerbau???Kerbau : la betul la ape yang aku lukis tu. (kerbau tak puas hati)Babi : nie bukan muke aku... Nie muke babi..P/s: kite mesti sedar diri kite nie.. Jgn asyik duk lupa akan diri kita nie...-----------------------

LAWAK 11Menantu terengganu (mt): mok... Kalu mok gi kedaa... Tolong beli 'ketang' 4 kilo........ Nanti kito bayarMentua kelantan (mk) : bereeehhh... ..Selepas mentua pulang dari kedai....... ......... ......Mt : loooo.... Bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang)... Banyok-banyok ni....Mk : tadi mu kato beli kete(ubi kentang).... . Pah tu kete mano pulakkkk...Mt : bukang ubi 'ketang'.... Kito suruh beli 'ketang'.... . Hok ada sepit......( ketam)...-hidup nie kene sokmo sengeh2.. Baru ahh trill beb!!------------------------

LAWAK 12Satu pagi di stesen keretapi...Ada satu makcik tu dia tanya attenden kaunter.Makcik: anak, keretapi sampai jam berapa??Attenden kaunter: yang dari alor setar sampai jam 2 petang, yang dari kota bharu sampai jam 1 petang, yang dari kuala lumpur sampai jam 4 petang, yang dari gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??Makcik: tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye...-----------------------

LAWAK 13Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa pak basri, ketua bahagian lalulintas untuk diinterviu."katakan ada 2 keretapi melalui jln yg sama pd masa yg sama, apa yg akan kamu lakukan?," tanya pak basri"saya akan pindahkan salah satu rel yg lain," jawab sarjo."kalau handle utk mengalihkan relnya rosak, apa yg akan kamu lakukan?"tanya pak basri lagi."saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual"."kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?"."saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat.""kalau telefonnya sedang digunakan?""saya akan lari ketelefon awam yg terdekat?""kalau telefon awam rosak?""saya akan pulang menjemput nenek saya.""ooo.... Tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya pak basri kehairanan."kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."-----------------------

LAWAK 14Soalan: banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?Jawapan: ikan haruan... Pasal dia sentiasa terharu.Soalan: banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?Jawapan: ikan goreng... Kalau dah kena goreng, kekadang sampai hangit.Soalan: banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?Jawapan: ikan sardin... Sebab buat muka sardin je memanjang.Soalan: banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?Jawapan: ikan kering... Sebab poket selalu kering .Soalan: banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?Jawapan: pati ikan haruan polleney... Pasal dia asik pegi pati (party).Soalan: banyak-banyak ikan, ikan sambut thaipusam?Jawapan: ikan paus (whale). Whale whale... Whale whale... Whale... Whale...-----------------------

LAWAK 15Di sebuah ladang ternakan ayam... Kelihatan seekor ayam jantan yg tua duduk termenung... .masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya utk membeli ayam jantan yg masih muda... Apa tidaknya .. Di kawasan yg mempunyai 25 ekor ayam betina itu... Hanya dirinya sja yg jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yg lain mampu bertelur... Sedangkan dirinya sudah semakin tua... .mana la larat kan...Satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu... Pastinya dibeli oleh tuannya... Si ayam muda begitu angkuh membawa ayam2 betina di hadapan si ayam tua... Ayam tua hanya mampu menahan marah... Tersenyum sinis... Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg pernah hadir dikawasan itu... Namun kerana kepintarannyalah dia berjaya mengusir semua ayam2 jantan yg lain...Apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina... Kau ambillah lagi 15 ekor... Kata ayam tua...Mana boleh... Kau tu dah tua... Bagila can kat aku yg muda ni... Kata ayam muda dengan angkuh...Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yg ada... Si ayam muda bersetuju...Pertandingan yg ditetapkan adalah lumba lari 400m... Tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana dirinya sudah tua... Ayam muda bersetuju... Ayam tua mula berlari... Nun dihujung sana ayam muda mula mengejar... Semakin hampir... .Dan tiba2... Dum... Tuannya menembak si ayam muda... Dengan kesal mulutnya membebel... . Aku x tau kenapa semua ayam jantan muda yg aku beli ni gay... Taunya kejar ayam jantan jugak... .dah la tu... Ngan ayam tua pun dia layan jugak!!!... Ayam tua tersenyum kemenangan... ."-----------------------

LAWAK 16Satu petang kambing sound ayam.. "apalah ko ni ayam, baju lawa tapi tak pakai selipar.."Ayam yang bengang jawab "ko lagi la.... Jaanggut panjang alim konon..... Seluar taak pakai... Tak malu!-----------------------

LAWAK 17Satu hari sedang sepasang lalat makan tahi tibe2 si isteri lalat b'suara "bang ,nape kite hari2 makan tahi?Si suami pun menjawab "isshh.. Jangan cakap bende2 kotor mase makan........ Tak baik"-----------------------

LAWAK 18Dikisahkan.. Seorang buta bertanya kepada.. Aweknya yang sedang memimpin tangannya. " sayang.. Betul ker sayang nie ikhlas..!!? "Lantas.. Aweknya menjawab.. "tentulah.. Saya sayang awak tau..!!"Kemudian, aweknya pula bertanya.. " awak rasalah.. Saya nie.. Cantik tak?"Kemudian, si buta menjawab.. " saya tahu.. Kalau awak nie cantik tentulah awak takkan pilih saya yang buta nie sabagai pasangan.. Ehehe!!"-----------------------

LAWAK 19Sebelah kebun pak pandir ada kolam besar. Itik liar banyak. Pandir cuba nak tangkap, tak dapat. Pandir celup roti ke dalam kolam lalu makan.Pak kadok nampak: "kau buat apa?"Jawab pandir: "aku cicah roti dengan sup itik"-----------------------

LAWAK 20Kita nyanyi sama2 k.Di mana dia kawan2 saya,Kawan2 saya sedang makan sosej,Di mana dia anak kambing saya,Anak kambing saya sedang baca mesej.Can mali can yep yep! Can malican yep yep!

Koleksi Lawak XII
LAWAK 13 ekor kuda dalam kandang sedang berborak mengenai kisah hidup mereka.Kuda 1: dalam 15 perlumbaan yang terakhir ini, aku menang 8 darinya.Kuda 2: oh! Dalam 27 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 19 darinya... Huhuhu...Kuda 3: wau... Itu memang bagus. Aku pulak, dalam 36 perlumbaan, aku menang 28. (dengan bangganya sambil menggoyang2 ekornya).Saat ini, kuda2 itu baru perasan, ada seekor anjing yang sedang asyik mendengar perbualan mereka.Anjing: aku tak berniat untuk menunjuk. Tapi, dalam 90 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 88 darinya.Kuda2 itu amat terpegun."wow!", kata seekor darinya, setelah masing2 terdiam sejenak."anjing boleh bercakap."-----------------------

LAWAK 2Seekor katak menelefon seorang tukang tilik nasib, bertanya perihal masa depannya.Tukang tilik: awak akan ditemukan dengan seorang gadis jelita yang teramat ingin mengetahui segala-galanya mengenai awak.Katak itu amat teruja.Katak: bila saya akan jumpa dia? Tak sabar rasanya.Tukang tilik: oh, kamu akan jumpa gadis itu tidak lama lagi dalam makmal biologi!-----------------------

LAWAK 3Sam: kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?Dol: sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.-----------------------

LAWAK 4Sam: apasal ko marah kat tokey kedai 2 ringgit tu?Dol: sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 ringgit-----------------------

LAWAK 5Sam: kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?Dol: sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!-----------------------

LAWAK 6Sam: semalam aku nampak hantu!Dol: uih! Kau terkejut tak?Sam: taklah.... Hantu tu yang terkejur tengok aku.Dol: mana kau tahu?Sam: aku tengok muka dia pucat semacam jer....-----------------------

LAWAK 7Sam: apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?Dol: gula dah habis!Sam: yang kau pergi campur garam apasal?Dol: kan aku kata, sebab gula dah habislah-----------------------LAWAK 8Sam: aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.Dol: dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!-----------------------

LAWAK 9Sam: aku ada aids? Mana ada...Dol: aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...-----------------------

LAWAK 10Sam: dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!Dol: iya ke? Kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.-----------------------

LAWAK 11Sam: dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.Dol: tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "sila datang lagi"-----------------------

LAWAK 12Suami : kenapa sayang menangis?Isteri: saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..Suami : buku apa?Isteri: buku bank abanglah..-----------------------

LAWAK 13Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.Budak : derma ape bang?Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?Budak : nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.Lelaki : ?????-----------------------

LAWAK 14Tunang farid, siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.Farid : mengapa?Siti : saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.Farid : ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.Siti : erkkkkkk.... .... Benci ........-----------------------

LAWAK 15 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!-----------------------

LAWAK 16Gosip ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at jalan loke yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk.So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen across the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in klang.So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "awak pegi mana malam semalam?"Pompuan ni pulak jawab, "tak kemana encik. Saya kat rumah jer."So polis tu tanya lagi, "betul ker???"Pompuan tu jawab, "betul encik. Sumpah saya tak gi mana2, tanya ler ngan housemate saya."So polis tu kata, "ye ker? (sambil tergelak) mari sini, keluar jap"Lepas tu polis tu tunjuk, "ha!!! Itu keta sapa tu??"Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman rm1000 dan gantung lesen 1 tahun.-----------------------

LAWAK 17Seorang tok batin baru membeli motorsikal honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan tok batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,Kawan tok batin : kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.Tok batin : kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.Kawan tok batin : ????????-----------------------

LAWAK 18Seorang posmen yang datang menghantar surat ." assalamualaikum "" walaikumsalam "" ni rumah encik sameon ye?" ya saya"" poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "" buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"-----------------------

LAWAK 19Orang asli : selamat pagi tuanPolis : selamat pagiPolis : apa halOrang asli : saya nak buat repot tuanPolis : fasal apa tuOrang asli : kawan saya di baham harimauPolis : pukul berapaOrang asli : dia tak pukul, terkamPolis : habis?Orang asli : tak habis, tinggal kepala-----------------------

LAWAK 20Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?""dah tentu, " jawab doktor."oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Koleksi Lawak XI
LAWAK 1Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...Pakwe: abang kan jadi UltramannyaMakwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalahPakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannyaMakwe: gitu... kalau saya jadi bungaPakwe: Abang jadi tukang kebunnyaMakwe: Kenapa bukan kumbangPakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hariMakwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kataSetelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik! !!!!! macam nangka busuk daa!!!!Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi niePakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .. 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?Suami: Masakan abg boleh lupaIsteri: Kalau saya jadi bintangSuami: Abang jadi beginilahIsteri: Kenapa bukan Ultraman...Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.Isteri: Kalau saya jadi bungaSuami: Abang jadi beginilahIsteri: Apa abg nie... cakaplah betul2Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apoIsteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!-----------------------

LAWAK 2Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya ... saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkantuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh."Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Filem / Drama Melayu, Cina & India
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu
1.80% jalan cerita berkisar tentang:a. Cinta.b. Cinta 3 segi.c. Cinta 4 segi.d. Anak-anak rebut harta pusaka.e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

.Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha.... bla.. .. bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.Yang benar,Ah yau Jengkol Spielberg.( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).

Koleksi Lawak X
LAWAK 1Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya."Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."-----------------------

LAWAK 2Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu. sekejap lagi mampos la tu.-----------------------

LAWAK 3Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk. Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat.Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20".Mamak tu pun tercenggang- cengang..-----------------------

LAWAK 4Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?"Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu."Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem."Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi."Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi."Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"----------------------

LAWAK 5Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia."Ini Kapten Kamal berbicara"."Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia"."Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur"."Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahwa kedua mesin sedang terbakar""Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut""Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda""Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"----------------------

LAWAK 6Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya.. ."Berapa bulan, Puan...?"Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab."Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.----------------------

LAWAK 7Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu...""Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya."Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"----------------------

LAWAK 8Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan.. sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat..."Dummmm!!!!"Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.. "Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau!!!"Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata... "Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"----------------------

LAWAK 9Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan. Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."----------------------

LAWAK 10Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja."Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri."Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar, dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "

Koleksi Lawak IX
LAWAK 1Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu."kenapa awak diam tadi? kesian dia..."Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ....."(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak-----------------------

LAWAK 2Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!Lembu : Kenapa kau kata macam tu?Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!Lembu : Hah! Buat apa pulak?Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!Ayam : ?? Maksud kau?Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)-----------------------

LAWAK 3Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!".Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?"Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!"Dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes".Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris.Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B. I tu!!Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.Cikgu: "OK boy, did you get the words?"Budak: "Yes, teacher".Cikgu: "Good, what is your first word?"Budak:"Shut up you!!"Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?Budak: "Superman !!!"Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"Budak: "Ladies First!!"-----------------------

LAWAK 4SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.POLIS : Ha.... kenapa disambar petir pun tersenyum?PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya-----------------------

LAWAK 5Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?".Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu"."Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?".Cikgu tadi mengangguk setuju."Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!"."Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.-----------------------

LAWAK 6Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.Gadis : " I'm sorry "Pelancong : " I'm sorry, too "Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..Gadis : " I'm sorry. three "Pelancong : " What are you sorry for? "Gadis : " I'm sorry, five "-----------------------

LAWAK 7Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan. Malangnya belum sempat dapat habuan, Mael diterkam pak belang. Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polisAtan: sss.. sssee.. selamat pagi tuan..Polis: selamat pagi.. apa hal tercungap2 ni.Atan: ssa... saayyaa nak buat report tuan..Polis: report pasal apa?Atan: pasal kawan saya dibaham harimauPolis: ha! dibaham harimau? pukul berapa?Atan: tak.. dia tak dipukul.. dia diterkam..Polis: habis. .?Atan: tak habis tuan, tinggal kepala...-----------------------

LAWAK 8Antara loghat utara dgn loghat pantai timur, yg mana lebih munasabah?jawapannya loghat pantai timur.. cuba perhatikan dialog dibawah..bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiranutk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia takdak.."loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"kesimpulan: tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..-----------------------

LAWAK 9Sam dan Dol sedang berehat setelah penat mempersiapkan kedai yang mereka akan buka dua-tiga hari lagi. Kedainya dah siap tapi barang-barangnya belum sampai lagi. Dalam berbual-bual, Sam mencadangkan mereka "mengenakan" orang yang bertanya tentang kedai mereka itu. Dol setuju saja -- memang satu kepala dengan Sam.Tak lama kemudian, lalulah Pak Pandir di depan kedai mereka. Dilihatnya kedai itu kososng saja, lalau Pak Pandir bertanya kepada mereka berdua, "Anak-anak ni jual apa?"Sam dengan rasa geli perutnya (sebab dapat mangsa pertama) pun menjawab, "mangkuk hayun.". Dol ketawa berdeket-deket -- kononnya kelakar le tu."Laku jugak ye", kata Pak Pandir pula. "Tinggal dua saja", tambahnya sambil tersenyum dan berlalu.-----------------------

LAWAK 10Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran."Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???" sergah Kapten pasukan."Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu."Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya."Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!! "


Koleksi Lawak VIII
LAWAK 1Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.Man : Wow! Bapa kau keja apa?Ali : Tukang gunting rambut.-----------------------

LAWAK 2Ayah : Apasal B. I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.-----------------------

LAWAK 3Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.Doktor : Kenapa?Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.-----------------------

LAWAK 4Cikgu : Hasan, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.-----------------------

LAWAK 5Cikgu : Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam exam.Bapa : Apa bukti awak?Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".-----------------------

LAWAK 6Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya. "Kamu tahu tak... diantara 99 teman baikmu ada yang main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu'-----------------------

LAWAK 7Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan."Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!""Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan..."Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!""Celaka!!!" teriak pengunjung tadi."Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras."Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim."Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!""Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata... "Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"-----------------------

LAWAK 8Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.Doktor : "Selamat petang..."Pesakit : "Selamat petang Doktor!"Doktor : " Ada masaalah apa .?"Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"Doktor pun lalu memeriksa telinganya, dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."Pesakit : "Apa caranya doktor?"Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"Doktor : "Yang percuma kena sabar..."Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."Pesakit : "Huh-----------------------

LAWAK 9Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang. Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."-----------------------

LAWAK 10Bola satu... bola satu over...Bola satu disini... sila jalankan berita over.....Ada sebuah kenderaan yang mencurigai sedang berhenti di depan sebuah rumah banglo taman sayang over....Berapa orang kelihatan over....Mungkin 3 atau 5 orang... apa arahan seterusnya over.....Minta buat intipan... dalam masa yang sama mohon bacakan no. pendaftaran kereta over....No. Pendaftaran kereta ialah ABJ 776 over.....Sila ulangi over....ABJ776.... overLagi sekali over.....A....... B........ J....... 7....... 7........ 6....... Over.Maaf... saya masih keliru huruf pada no. pendaftaran. .. Sila gunakan alpha bet over...Alpha bet???(dalam hati)....... .... Anak Babi Jantan...... .Haaaaa... apa kamu kata Koperal????( Dengan nada yang tinggi).....Maaf Sarjan.... masih kurang jelas ker .....Saya ulangi Sarjan..... no. Pendaftaran ialah Anak... Babi... Jantan 7 7 6 .....Lerrrrrr.... .. okay... berita faham. roger & out.

Koleksi Lawak VII
LAWAK 1Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan' nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".-----------------------

LAWAK 2Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'-----------------------

LAWAK 3Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit.."Tolong, Tolong"Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama""Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit"Bersama ! Bersama!"-----------------------

LAWAK 4Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?"Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"-----------------------

LAWAK 5Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie.. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!! alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Alasan lain tak boleh.Tau-tau macam tu tiba tiba je ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang katrumah boss, leh tak?Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagibanyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?Bosss : Hang apa pasai?Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?Pekerja 3 : Errrrr!! Yer boss, boss baik!! he.. heee!Boss: Alasan apa lak ngko nie?Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?Boss : Tak bolehhh!!! Itu fardzu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?Boss : Naper?Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah... Kesian awak dah seminggu menunggu!!!Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!! Heee. .hee-----------------------

LAWAK 6Ali bengang giler bile dia dapati cucur udang yg dibeli x de sekor udang pun kat dlm nyer.. lalu dia pun pi balikke gerai makcik jual kuih tu.Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg jual tu..."makcik apsal cucur Udang ni sekor udang pun x de?!"Makcik yg jual tu pn dgn selambernye menjawab "abih tu yg ko beli cucur badak ada x badak kat dlmnya?! Camne plak dgn cucur kodok, ade x kodok yg melompat kat ko?!Ali rase mcm nak bunuh diri dgn jwpan yg diberi makcik tadi....**Moral: Hidup ni kena byk bersabar!Sabar adalah sebahagian dari IMAN.:)-----------------------

LAWAK 7Al-kisah ada sorang pembantu rumah yang baru jer kena pecat oleh majikannya. Pembantu rumah nie rasa tak puas hati sebab dia rasa dia nie pekerja yang taat dan rajin. Sebelum dia pergi, dengan sedihnya dia pun mengeluarkan wang RM5 dan memberinya kepada anjing majikannya. Majikannya berasa hairan lalu bertanya."Apa pasal lu bagi itu anjing duit? Dia mana tau pakai duit"Pembantu rumah tu pun menjawab, "Dia bespren gue. Gue nggak mau lupa sama teman yang slalu nolongin gue buat kerja""Apa keje dia tolong?" soal majikan tu lagi."Dia nolongin gue bersihkan semua pinggan mangkuk. Jadi gue nggak perlu cuci"-----------------------

LAWAK 8Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Apabila wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.Pak Pandir pun kata.. tengok ni.. aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu.. hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir.. cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini.. aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan? tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.-----------------------

LAWAK 9Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai." Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu."Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat."Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi."Tidak..", jawab wanita itu."Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.-----------------------

LAWAK 10Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor. .. tolong jangan suntik, saya takut!".Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya... "


Koleksi Lawak VI
LAWAK 1Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah burger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi burger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja. Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat.Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata:"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih. kami memang selalu berkongsi makanan yang sama"Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " tidak terimakasih.."Terus si Anak muda bertanya lagi, "kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?"Kata si Nenek "Saya sedang menunggu gigi.......... giliran saya selepas datuk.....!======================

LAWAK 2Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru ,asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K. L, so pas dah jadi kaya , tanpa membuang waktu , dia pun ke K. L laa. Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi.Di K. L, dia menginap di K. L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi.. perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Pas check-in, dia bagitau kat pembantu dia..O. K. B (Orang Kaya Baru ) : Mat... aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.Mat : Okey Boss... tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?O. K. B : Ishk.. hang niii, mee yang spesial tuu.. pakai telog dua biji laa..Mat : Ooooo.... siap Boss.Lepas tu .. makan la si O. K. B mee spesial tu . Mai time pukul 3:00 ptg, perut O. K. B tu berkeroncong lagi .Lalu dia panggil pembantu dia tu..O. K. B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?O. K. B : ... waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?.. cukup tau aku punya taste...Mat : Mesti laa Bosss.. bagi saya 10 minit saja Bosss...Lepas siap makan, O. K. B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...O. K. B : Mattt !!!....Mat : Yaaaa.. Boss,O. K. B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?O. K. B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.Mat : (sambil tergaru-garu kepala).. oke Boss !Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak....Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..O. K. B : MATTTT !!!!...Mat : Ada apa Boss...O. K. B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu.. aku kan kata awek...?Mat : Laaa..... Tadi Boss kata cari awek yang spesial .... Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua...O. K. B : ..????????????????????????======================

LAWAK 3Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya.Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / diresmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali.Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding-puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kearna lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama. Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik.Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang" serunya.Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghatar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar-besar."BANK SPERMA DIROMPAK".======================

LAWAK 4Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah plak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler... .. suruh buat per pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"Maka dengan selambanya budak tu berkata Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot.. ) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu."Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh".Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena- mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, Maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya!"Beta nak tau apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi... ??"======================

LAWAK 5Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "======================

LAWAK 6Seorang gadis berambut perang memasuki sebuah kedai elektronik..Gadis : "saya ingin membeli TV ini."Penjual : "Sorry, barang ini tidak dijual untuk orang berambut perang."Gadis berambut perang ini segera bergegas pulang dan terus menyembur rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata pd penjualnya..Gadis : "Saya ingin membeli TV ini."Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."Gadis itu berfikir.. "Oh, dia masih boleh mengenaliku. "Lalu gadis ini melakukan perubahan 100% pada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mengecatnya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata hitam besar. Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai tadi. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,Gadis : "Aku ingin membeli TV ini."Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."Kerana kecewa.. gadis itu bertanya.. "Bagaimana kamu tahu yang aku berambut perang sebelum ini?"Penjual itu menjawab.."Kerana ini bukan TV tapi microwave."======================

LAWAK 7"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah? "Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian. "Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"Fendi : "Fuad dan saya"Ibu : "Cheh.. dasar penakut"======================LAWAK 8Sepasang suami isteri yang sedang asyik berasmara di ruang tamu telah dilihat oleh seorang anak lelakinya yang berusia 8 tahun...Pasangan suami isteri itu berusaha menjelaskan kepada anaknya yang mereka sedang bermain doktor-doktorDengan tenang anaknya berkata "Lain kali kalau nak main doktor-doktor. . jangan main kat ruang tamu ni.. nanti kalau ada orang lihat.. disangka sedang melakukan hubungan suami isteri pulak....!"======================

LAWAK 9"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir."Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.."Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu. Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi.."Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?""Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu..."Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"======================

LAWAK 10Andi adalah seorang yang sangat pelupa. Setiap hari dia pergi ke pejabat dengan membawa payung. Namun, dia pasti lupa membawa turun payungnya dari bas..Suatu hari isterinya mengingatkan dia untuk kesekian kalinya."Abang.. harga payung cukup mahal dan kita telah membelinya setiap hari, ingatlah payung abang masa turun dari bas!"Maka ketika andi hendak turun dari bas dia segera mengambil dan membawanya pulang ke rumah. Dengan gembira ia menunjukkan payung tersebut pada isterinya."Hari ni adalah yang istimewa bagi abang.. abang tidak lupa lagi membawa pulang payung ini!"Tapi isterinya berkata, "Abang.. hari ini kan abang tidak membawa payung ke pejabat!"

Koleksi Lawak V
LAWAK 1Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke KLØ Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana ."Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana , duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya."Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari."Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul."Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan."Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di KL," jawab kapten.=============================

LAWAK 2Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?""Kecing manih. Lamo doh."Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri.Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, "Tu bakpo pulok?""Kecemase""Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."=============================

LAWAK 3Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga."Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid.Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik.Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu."Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya."Tidak!" jawab Minah."Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"======================

LAWAK 4Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu.Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.Gangster : Mana wang tu?Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."=======================

LAWAK 5Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi.."Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bosTiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"=====================

LAWAK 6Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.Ayah Azam: Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu menuduh begitu?Pengetua: Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.Soalan: Namakan salah seorang sasterawan negara?Jawapan Azim: A. SAMAD SAIDJawapan Azam: A. SAMAD SAIDAyah Azam: Laa... jawapan yang sama begitu, sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini. Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.Pengetua: Baik, cuba encik lihat pula soalan kedua ni.Soalan: Di mana A. Samad Said dilahirkan! ?Jawapan Azim: SINGAPURAJawapan Azam: SINGAPURAAyah Azam: Seperti yang saya katakan tadi, jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan. Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.Pengetua: Kalau begitu, jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.Soalan: Namakan salah satu novel agung karya A. Samad Said?Jawapan Azim: MAAF, SAYA TIDAK TAHU.Jawapan Azam: KALAU KAU TAK TAHU, AKU LAGI TAK TAHU!!!!===========================

LAWAK 7Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel....."Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda yang menghampirinya."Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis."Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja minuman......" jawab pemuda itu."Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar.Merasa ditolak, dengan perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu."Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan.Si laki-laki menatap dengan tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat kerasnya, Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?"Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala dan lebih mencebik sini.Kesimpulan :- Tak baik membalas dendam.- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.=============================

LAWAK 8Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL… Pada suatu hari tu… Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya… seperti biasa seketerinya pun masukla…Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client…si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya… biasa la Boss… malas nak tulis… cakap punya cakap… Boss ni pun bangun… dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar… 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis… si seketeri pun mula bersuara…Seketeri : Boss… pagi tadi kan… masa saya nak datang ke Ofis… saya nampak pintu garage boss terbuka…Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke… tak apa, nanti saya call rumah… terima kasih…si seketeri pun blah balik ke meja dia… dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia…Boss : Yang… tolong tengokkan garage rumah kita… pintu dia terbuka la…Bini : Tak la bang… baru tadi saya tengok… mana ada terbuka…Boss : Iye… terbuka… cuba pergi tengok semula.Bini : Tidakkkkk, tertutup… saya tahu la bang…Boss : Pergi la tengok… kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????Bini : Okay la… okay la…setelah setengah jam kemudian… masa Boss ni tengah relek-relek… baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka… (dah memang perangai dia tak suka pakai underware… ) maka nampaklah… mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu… dan petang yang sama juga…Boss : Errr… tadi pagi masa you nampak garage I terbuka… ada tak you nampak BMW kat dalam tu?Seketeri : Tak… yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!!…=============================

LAWAK 9Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin."Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk ke dalam cermin..."Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan.Lalu ia bertanya kepada isterinya,"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk ke bilik. Di dalam bilik... suaminya mengulangi pertanyaannya. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.."Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk ke dalam cermin... Si suami menganggukkan kepalanya dengan dahi yg berkerot2."Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey!"~!@#$%^&*!! si suami pun pengsan!=============================

LAWAK 10"Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama sama.Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan ni semua."Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "Kalau 3 jam ??"Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "3 hari ???"Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "5 hari???? "Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "1 minggu? "Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "2 minggu?"Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu." !!!!!!! nko pegi jek lah"Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih mengkanan ni"Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan????!!!!!!!!"


Pusat Khidmat Pelanggan
Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Microsoft atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?""Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.""Masalah bagaimana tu encik?""Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.""Hilang?""Ya, ia hilang.""Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?""Kosong, tak ada apa-apa.""Tak ada apa-apa?""Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.""Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?""Macam mana saya nak tau?""Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?""Apa tu si-perom?""Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?""Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.""Adakah monitor anda ada power indicator?""Monitor tu apa?""Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV.""Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?""Saya tak tahu.""OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?""Rasa-rasanya. ""Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.""Yaa, terpasang.""Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?""Iya ke?.""Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut""Okay, jumpa dah.""Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.""Alamak tak sampai laa.""Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?""Tak boleh.""Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?""Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.""Gelap?""Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.""OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.""Tak boleh.""Tak boleh? Kenapa?""Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik.""Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?""Ada... saya simpan kat dalam almari.""Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.""Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?""Iya, rasa-rasanya macam itulah.""Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?""Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

Koleksi Lawak IV
LAWAK 1Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.=============================

LAWAK 2"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut."Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung."Yelah, yelah, ayah dah siap ni."Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja."Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?""Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza."Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur."Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti.""Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, 20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya."Rileks Liza? tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was."Haaa.. kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi."Sudah la tu bang.""Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan .... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!"Usin.... bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ."Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.Emaknya memandang Usin tepat-tepat."Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.PANGGG!!Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!=============================

LAWAK 3Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.Farid: Baiklah , ibu!Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?Farid: Undur lagi, lagi, lagi .Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !=============================

LAWAK 4Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?Budak: Saya nak mandikan kucing sayePekedai: Eh.. tak boleh gunakan serbuk ni, ia terlalu kuat untuk kucing awak, silap-silap kucing awak mati nanti.Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.Pekedai: Bagaimana kucing kamu?Budak: Mati!Pekedai: kan saye dah kata...!Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?Budak: Mesin basuh itu.. ia berpusing terlalu laju=============================

LAWAK 5Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna.. seorang amerika, seorang jepun dan seorang indonesia. Dikeheningan berada di dalam bilik sauna tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi bip... bip... bip... ., orang amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu... kedua si jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si amerika ni pun berkata.... "disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set...."Maka kagum la si jepun dan indonesia ni... seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut... tetiba si jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi... ibu jari nyer diletakkan di telinga dan jari kelingkingnyer di mulut....Setelah habis menjawab maka si jepun pun berkata..." Oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima panggilan melalui jari-jari saya tanpa menggunakan handphone... "Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si amerika dan si jepun.. si indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?"Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang....Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet.... setelah selesai membuang... si indon ni kembali ke bilik sauna... akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas (air takde) maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. ..Dengan keheranan dan jijik nyer si amerika dan si jepun pun bertanya..." kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?"Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer...."Oh saya baru terima Fax... dari client saya..."=============================

LAWAK 6Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu.. mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..Nak di jadikan cerita.. ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut.. nak mintak tumpang.. jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba.. lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..Sorang perompak berkata.. " Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!! Cepat. .!!"Sorang pekerja kilang tu membalas.. " .. tapi.. kami tak bawak barang kemas kalau gi keja.. duit pun sikit je.."Perompak berfikir seketika.. "Ha.. gini la.. sebab korang takder brang kemas & duit.. kami rogol korang SEMUA.. ahahhaa. ."Pekerja kilang yang muda berkata.." Alalaa... takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak.. tak kesian ker.."Tetiba.. makcik tu berdiri.." Weh.. ko nie.. tak paham ker.. kalau dia cakap SEMUA.. SEMUA la.. mana aci main pilih-pilih"=============================

LAWAK 7Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik. Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."=============================

LAWAK 8 SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab " sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan ".Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi : " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".=============================

LAWAK 9Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah... ada yang bagi hadiah... selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar... lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur... semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu.. Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm... masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".Errrrr... sebenarnya cikgu... saya hadiahkan anak KUCING ...=============================

LAWAK 10Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah."Ayah.... Ibu ...!!" teriaknya."Jiran kita itu pasti orang miskin ....."Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada."Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?""Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."
Posted by Khairil at 23:44 0 comments
Labels: Lawak

Koleksi Lawak III
LAWAK 1Sebuah pesawat ditugaskan untuk membawa sekumpulan orang gila dari KLIA ke Uganda. Setelah 0.5 jam di udara, suasana di dalam kabin riuh sangat (maklum laa orang gila la kan).So kapten kapal pon intercom "This is your captain speaking, Cabin crew leader, please come and see me, right away!!"So dgn lengang lenggok lemah gemalai ketua peramugari pon pergi la kat dalam kokpit tu.... " Yes Capt, anything ..."Kapten pon cakap laaa.. "Awatla depa tu bising sangat. Suruh depa diam sket, aku nak cakap ngan control ponnn tak berapa nak dengar"Ketua peramugari pon kata "I I Sir, i'll stop them from making noise, excuse me"So dia pon balik le ke dalam kabin .....Masuk 3 jam pon tak de perubahan malah bertambah gamat lagi suasana siap bergegar pesawat tuhh, sure tengah main tali skipping tu, so kapten intercom lagi sekali"This is your captain speaking, Cabin crew leader, please come and see me, right away!!"So terpaksa la lagi ketua peramugari datang ke kokpit."Awat depa tak senyap lagi ni?" kapten dah naik angin dah nih"Hang kalau tak boleh buat kerja, berenti ajerrrr"Terkedu-kedu la si peramugari tadi. Pot pet pot pet si kapten membasuh peramugari tu... Dgn muka menyinga. Dia tengok si co-pilot dok tersenguk-sengguk kat sebelah, so dia pon sound."hah Dollah, hang pi suruh depa diam sat, ada peramugari pon takleh nak harap ..... "Tergezut badak la si dollah, "ok capt, ok I pergi sekarang"So dia pon pergi la ke kabin ngan peramugari tadi ......Lepas 5 minit, dia pun masuk balik ke tempat co-pilot."Aik, pelik dah diam dah"Sahut sidollah "tengok orang la capt, ni dollah laaaa"Heran si kapten, lalu dia tanya "hang ada experience ke control orang gila ni dolah?"Dollah jawab, "mana ada kapt, masa kecik-kecik dulu ada laaa tolong org tua bela ayam itik lembu kerbau"Heran si kapten, " laaaa abih tu hang buat camna"Dgn selamba sidollah jawab "saya buka pintu, suruh diaorang main kat luar aje laaaaa, apa lagi... Meluru-lurula diaorang lari keluar"=============================

LAWAK 2Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya."OOOO... patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt. ...!!"=============================

LAWAK 3Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya.""Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.=============================

LAWAK 4Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan.. . kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.Pemilik rumah tumpangan menjelaskan. .."Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu.."Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab..."Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"=============================

LAWAK 5Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya. ...Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"Wanita 2: "Apakah dia merokok?"Wanita 1: "Oh, tidak!... tidak sama sekali!"Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"=============================

LAWAK 6Sekumpulan lelaki melepak dihujung jalan. Mereka sedang berjudi dengan menggunakan dadu. Tiba-tiba datang seorang perempuan seksi yang terus duduk diantara mereka dan meletakkan wang setengah juta sebagai taruhan."Saya kena buka baju supaya lebih senang melempar dadu ni" kata perempuan tersebut perempuan tersebut menanggalkan bajunya dan nampaknya dia tidak memakai bra.Lalu perempuan tersebut melempar dadu.Sejenak selepas itu... "Horeyy... aku menang.. aku menang..." Perempuan tersebut berteriak kegembiraan sambil mengambil semua wang dan bajunya, kemudian segera meninggalkan tempat tersebut. Semua lelaki yang berada di situ berpandangan satu sama lain.Akhirnya seseorang bertanya, "Berapa nombor dadu nya?"Yang lain kemudian menjawab.. "Aku juga tadi tidak melihat dadunya."=============================

LAWAK 7Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"Penemuduga: "Mata kamu pula?"Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.=============================

LAWAK 8Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"Atok : "Untuk makan"Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"Atok : "Oh ada"Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"Atok : "Kamu yang kelima""=============================

LAWAK 9Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya."Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh .. pasti dikejutkan.. !"Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.."Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh ... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan."Nak! Sudah sampai di Ipoh ! cepat bangun!" Kata Pemandu..Si anak bangun dan berkata.."Oh sudah sampai ya!"lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. ."Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?" tanya pemandu kebingungan."Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"=============================

LAWAK 10Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri.. setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

Mengapa Suami Suka Makan Luar
Seringkali berlaku perselisihan rumahtangga disebabkan oleh sikap suami yang suka makan luar. Tabiat ini kadangkala boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina. Kes makan luar ini boleh melibatkan orang ketiga termasuklah mamak, makcik mee rebus ataupun peniaga tomyam.Kadangkala isteri telah bersusah payah menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan tetapi suami tetap nak makan luar. Berbagai cara telah dicuba termasuklah menukar resepi hampir setiap hari dengan hiasan pinggan yang exotic dan dianggap boleh membuka selera suami. Namun suami tetap bernafsu dengan masakan kedai dan suka makan diluar.Hasil dari satu kajian dikalangan suami, antara sebab-sebab mengapa suami suka makan luar ialah :

1. Suasana sekeliling dan cuacaJika makan atau minum dikedai mamak suasananya lebih membuka selera walaupun keadaan lebih bising dan kelam kabut dengan jerik pekik dan bunyi kenderaan yang lalu lalang. Kadangkala terpaksa berpindah tempat duduk dua tiga kali disebabkan oleh hujan yang tempias. Itupun dikira masih selesa dan boleh menambah selera.

2. MinumanTeh tarik kedai mamak lebih sedap dan lemak kerana susu yang digunakan dikedai mamak berbeza cap nya dari susu yang digunakan dirumah. Cara mamak menarik teh lebih panjang dan lebih tinggi dari cara isteri menarik teh tersebut dirumah. Dikedai juga terdapat variety teh seperti teh tongkat ali, kopi jantan ataupun kopi radix. Dirumah teh hanyalah campuran teh, gula dan susu. Tidak seperti teh dikedai yang kadangkala boleh mencapai 30 dalam 1.

3. MakananNasi dikedai mamak lebih lembut dan gebu walaupun dimasak didalam periuk yang lebih besar. Dirumah walaupun beras yang digunakan adalah beras yang terbaik dipasaran dan dimasak dalam kuatiti yang sedikit masih juga sedap nasi dikedai.

4. MasakanTomyam dikedai lebih pedas dan secukup rasa kerana ianya dihidangkan oleh "adik-adik" yang suka menjeling dan tersenyum walaupun tak ada apa-apa perasaan pun ditambah pula dengan panggilan manja seperti tuan dan abang.

5. Cawan dan gelasMinuman yang dihidangkan dikedai lebih sedap walaupun dihidangkan didalam cawan atau gelas yang berminyak dan telah dikongsi entah berapa orang pelanggan sebelum kita meneguknya.

6. Pinggan mangkukMakanan yang dihidangkan dikedai lebih sedap dan membuka selera walaupun pinggan tanpa jenama tersebut hanyalah berharga tidak lebih dari RM3 sekeping dan tiada sebarang bunga atau ukiran sebagai penghias. Sedangkan makanan dirumah dihidangkan didalam pinggan mangkuk yang berjenama mahal serta penuh dengan bunga dan hiasan yang menarik.

7. Kerusi mejaMakan dikedai lebih menyelerakan walaupun diatas kerusi dan meja plastik. Padahal dirumah sendiri kerusi yang empuk serta meja yang teguh penuh dengan hiasan bungaan dan ukiran.

8. TV dan layar besarMakan diluar boleh sambil-sambil menonton TV atau tayangan dilayar besar, walaupun ketika itu hanya ditayangkan perlawanan gusti yang memang tak minat untuk ditonton. Makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap.

9. PelayanDiluar lebih berselera makan walaupun dilayan oleh mamak yang pure dari India atau bangla yang bau ketiaknya bercampur baur dengan rempah kari. Padahal dirumah sendiri isteri sentiasa wangi dan berpakaian seolah-olah nak masuk tidur.

10. Jarak perjalananSanggup berjalan berbatu-batu hanya kerana ingin sangat nak makan diluar. Biar hujan, biar ribut, biar panas terik, sanggup basah kuyup atau berlenggeng peluh semata-mata untuk segelas teh tarik.

11. Hiruk pikukDikedai lebih hiruk pikuk dengan sorakan manusia, tambah-tambah lagi dimusim piala dunia. Tidak pulak sisuami merungut bising dan terlekat atau tidak selesa. Dirumah sendiri walaupun suasana waktu makan yang syahdu serta romantik, masakan tetap tidak sedap.

12. Kena bayar mahalTeh tarik sanggup dibayar dengan harga RM2 segelas, padahal kosnya tak sampai 40 sen. Itu belum lagi termasuk bayaran parking dan "sedekah" pada kanak-kanak yang datang menjual tisu atau kalendar.Memang tak boleh nak buat apa.... memang dah tabiat dia camtu.Jadi... jika suami anda suka makan luar walaupun sudah puas dileterkan, biarkan saja. Tak guna anda terus berleter, buat kering tekak saja. Tindakan yang terbaik ialah teruskan menyediakan makanan. Biarpun hanya anda dan anak-anak yang menikmatinya.Suami memang cepat jemu dengan hidangan dirumah. Tambah-tambah lagi jika asyik-asyik makan ayam goreng, daging masak kicap dan sayur taugeh.Sekali sekala cubalah pulak masak daging goreng, ayam masak kicap dan goreng taugeh.Setelah penat memasak jangan lupa menghidangkannya diatas pinggan yang berbunga-bunga dan penuh ukiran.Akhir sekali jangan lupa menyediakan tuala untuk lap tangan dan mulut.SELAMAT MEMASAK UNTUK KERUKUNAN RUMAHTANGGA

Koleksi Lawak II
LAWAK 1Seorang janda tua yang mengharapkan rasa sunyinya hilang pergi ke sebuah kedai binatang peliharaan.Setelah mencari-cari dan tidak berpuashati dengan binatang-binatang yg ada di situ, dia ingin melangkah keluar apabila dia mendengar satu suara, "Oh, Puan kelihatan cantik hari ini."Dia berpaling untuk melihat punca suara itu, tetapi tidak ada orang yg kelihatan. Yang dilihatnya adalah seekor burung kakak tua jantan berwarna hijau, sedang bertenggek dalam sangkar."Engkaukah yang berkata-kata itu?" dia bertanya."Ya, memang saya!" burung itu membalas."Dan lagi, pakaian yang Puan pakai amat sesuai dengan Puan."Perempuan itu lalu berfikir, alangkah bagusnya jika memiliki burung kakak tua ini yg bukan hanya boleh berkata-kata, tetapi amat berbudi bahasa dan pandai mengambil hati. Jadi dia membeli burung itu lalu membawanya pulang.Dalam perjalanan, dia berkata, "Aku amat berbangga memilikimu, jadi aku bercadang ingin membawamu keluar makan malam ini! Kau nak tak?"Burung kakak tua itu membalas, "Tentu sekali. Saya tahu satu tempat yg best di bandar ni."Mereka sampai di rumah dan perempuan itu bergegas naik ke tingkat atas utk menukar pakaian makan malam. Apabila perempuan itu turun semula ke bawah, burung kakak tua itu mula mengomel, mengutuk, menyumpah malahan menggigit perempuan itu. Apalagi, membaralah perempuan tu!!Dicekiknya leher burung kakak tua itu lalu dihumbannya ke dalam peti sejuk. Ditinggalkannya burung kakak tua itu selama lebih kurang 5 minit sebelum dikeluarkannya. Burung itu amat kesejukan.Perempuan itu lalu berkata, "Ha!? Padan muka kau wahai burung? Aku takkan bertolak ansur dengan kelakuanmu semacam itu dalam rumahku ini!"Burung kakak tua pun membalas, "Ok, ok, saya janji tak buat lagi. Saya minta maaf banyak-banyak. "Lima minit selepas itu, burung itu menyumpah-nyumpah lagi malahan menggigit perempuan itu lebih kuat pada tangan dan jarinya. Perempuan itu merasa marah yg amat sangat. Dikeluarkannya burung kakak tua itu dari sangkarnya dan dihumbannya burung itu ke dalam peti ais sekali lagi. Kali ini, dia membiarkan burung itu selama 15 minit. Apabila dikeluarkannya burung itu, burung kakak tua itu kelihatannya sudah nyawa-nyawa ikan, hampir mati. ia menggeletar dan ada tompok-tompok ais pada bulunya."Saya sumpah takkan buat lagi! Saya takkan buat lagi Puan! Saya janji!"Setelah itu, dipandangnya perempuan itu dengan sayu, lalu berkata lagi, "Saya ada satu soalan. Saya tengok ada ayam belanda kat dalam peti tu, dah keras. Apa dia buat kat Puan? Dia gigit Puan jugak ke?"========================

LAWAK 2Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'.. . apakah kamu sudah banyak berusaha?"Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang.. . saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"Ustaz : "BERCERMIN!"=======================

LAWAK 3Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu"."Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu."Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu.""Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim.Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat.Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot"."Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"========================

LAWAK 4
Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?- Sebab cinta itu buta

Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?- LU BANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

Minyak ape yang disukai oleh lelaki?- MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?- Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?- Kuda belang. cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?- Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?- Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki... siapakah saya?- Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?- Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?- Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?- Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?- Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?- Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan' Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?- Dua-dua tak kenal korang... hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?- Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?- Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?- Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?- Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ... gile ape...

Gajah terbang dengan ape?- Dengan susah payah......=========================

LAWAK 5CIKGU: Arip, kenapa kamu datang lewat hari ini??ARIP : Hujan lebat cikgu......CIKGU: Semalam, kenapa awak tak hadir??ARIP : Hujan, cikgu......CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??ARIP : Banjir, cikguCIKGU: @#%#@&%#@$========================

LAWAK 6FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?DOKTOR: RM 120.FARID : Amboi mahalnya.... ada yang murah sikit tak?DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic. Saya boleh kurangkan kepada RM 80....FARID : Masih mahal lagilah, doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi yang paling murah sekali....DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa untuk mencabutnya dengan playar... amat murah.. RM 10 jer..FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok...=======================

LAWAK 7CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?DIN : Untuk membuat "tapai" cikgu..CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!======================LAWAK 8CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!(Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri)CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J. W. W Birch?FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih tue...(sambil menangis melolong)CIKGU : Mampos kalau aku ada 20 orang pelajar macam ni... (dalam hati)...======================

LAWAK 9Pada zaman dahulu kala, di sebuah hutan belantara yang tebal, sekumpulan askar semut hitam sedang menerokai sebuah ladang besar buat tempat penginapan baru mereka...Setelah berjalan selama 3 hari dan 3 malam... Chip semut hitam pun menjerit kepada askar semutnya... "Kawalan semut! kita akan berehat lima minit di sini."...Kesemua semut pun duduk berehat sambil ade yang terbaring-baring kepenatan.Selang lima minit kemudian, Cip semut pun berteriak sekali lagi. "Kawalan semut! Bangun!"... .Tapi takde satu semut pun bangun. Lalu dengan musykhil dia bertanya "Hei semut! Asal korang tak nak bangun ah?"Lalu ade satu semut bersuara "Sori Chip, kaki kita semut-semut!"...=====================

LAWAK 10Seorang Guru Ingin Mengetahui sejauh mana kepintaran murid-2nya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang muridnya.Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?Murid : Saya akan menaikkan Skirt saya tinggi-2 !Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?Murid : Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.Guru : Habis tu apa yang ...(Mula Khuatir)Jeng. Jeng . JengMurid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...


Tips-tips Bertemu Hantu
SO Kalau Bertemu hantu... jangan panik!!! try ikut tips ni...PocongHantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.LangsuirDia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.PontianakHantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.Hantu RayaHantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.Hantu GalahHantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.JerangkungDia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.ToyolLagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tuHantu PontengYang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail.. macam sekarang nih.. sah-sah tengah ponteng nie.. macamana nak jawab.. korang sendiri gak jadik hantu.. jadi bawak-bawaklah buat kerja ... ..LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU.. TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!! !"


Kisah Badak Sumbu & Monyet
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya... hehe. Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley DavidsonJin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitamPermintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet ShoeiJin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu.. Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh.."Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"Jin tu pun kelipkan mata, bling....Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

JOKE 12Doctor : I have some bad news and some very bad news.Patient : Well, might as well give me the bad news first.Doctor : The lab called with your test results. They said you have 24 hours to live.Patient : 24 hours! That's terrible!! What could be worse? What's the very bad news?Doctor : I've been trying to reach you since yesterday.------------------------------------