assalamualaikum...welcome to my blog... please do not hesitate to leave any comments or opinions.. Sharing is about everything.. JazzakAllah
Selasa, 29 Disember 2009
Akibat meludah ke langit
Pada suatu hari, seorang pendeta sedang mencari-cari sebuah rumah. Ia bertanya kepada seseorang yang berjalan kaki, “Bolehkah tuan tunjukkan saya bagaimanakah jalan ke rumah Habib Salim bin Ahmad bin Jindan?”“Oh... siapa yang tidak kenal beliau! Hendak ke rumahnya...” kemudian ia memberitahu jalan ke rumah yang dihajati.Apabila pendeta itu tiba, ia telah berjumpa dengan orang yang dicarinya. Ia bertanya, “Tuan Habib, saya ingin bertanya.”“Silakan.” Jawab Habib Salim.“Habib, siapakah yang lebih mulia, adakah orang yang masih hidup ataupun yang telah mati?”Habib Salim menjawab, “Semua orang akan menjawab, bahawa yang hidup lebih mulia daripada orang yang mati, kerana orang yang sudah mati sudah menjadi bangkai (reput dimakan tanah).”Kemudian pendeta itu melontarkan kembali persoalannya, “Kalau begitu, sudah tentu Isa ibn Maryam (Nabi Isa) adalah lebih mulia daripada (Nabi) Muhammad bin Abdullah (sallallahu alaihi wasallam), manakala Isa (menurut keyakinan Habib dan umat Islam) belum wafat dan masih hidup.”Kepada orang kebanyakan, mungkin set soalan pendeta ini memerangkap orang ini. Mungkin dalam fikirannya, ia telah berjaya memberi pukulan maut kepada tokoh agamawan ini, ataupun mengunci mati daripada berhujah. Namun secara spontan Habib Salim menjawab, “Kalau begitu....” Pendeta itu menyangka kemenangan miliknya!Mata pendeta membulat menunggu jawapan, Habib Salim menyambung, “... bererti ibu saya lebih mulia daripada Maryam (ibu Nabi Isa alahissalam) kerana Maryam sudah meninggal, sedangkan ibu saya masih hidup.”Pendeta terkesima. Ia terbungkam seribu bahasa. Malang sekali, terlajak perahu boleh balik; terlajak cakap buruk padahnya. Ia meludah ke langit, terpalit pula dek kembali ditarik pecutan graviti.Habib Salim bertanya dengan tenang, “Tuan mahu berjumpa ibu saya? Dia ada di belakang.” “Terima kasih sahajalah.” Lalu pendeta itu berpaling dan bingkas pulang.Al-Masih putera Maryam (Nabi Isa alaihis salam) itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda Kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (daripada memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah al-Maidah, 5:75)Berjasa Kepada MasyarakatNOTA: Habib Salim bin Ahmad bin Jindan rahimahullah merupakan ulamak berasal dari Surabaya, Indonesia dilahirkan pada 18 Rejab 1324 / 7 September 1906. Beliau merupakan seorang ulamak yang menguasai banyak bidang ilmu terutama ilmu hadith, sejarah dan nasab (salasilah keturunan). Beliau digelar sebagai muhaddith dan musnid kerana keilmuannya dalam hadith. Dikatakan beliau telah menghafal sebanyak 70, 000 hadith beserta sanad. Beliau telah terlibat menyerukan jihad dalam perjuangan rakyat Indonesia menghadapi penjajahan Belanda dan Jepun, sehingga beliau banyak kali keluar masuk penjara. Ulamak ini telah wafat di Jakarta pada 16 Rabiul Awal 1389 Hijrah / 1 Jun 1969. Ratusan ribu umat Islam telah datang dari segenap pelusuk rantau berbondong-bondong ke rumahnya untuk menyampaikan ucapan takziah. Dakwah beliau diteruskan oleh Habib Salahuddin dan Habib Naufal serta keturunannya.
lakaran hati
assalamualaikum semua.....waaaa soli2...dah lama abg amir tak blogging sori2....buka ape...busy ckit sebenanya(bena endak ka busy on9 jak keja)......lagipun abg balik kpg...mesti la banyak aktvt abg buat....sepanjang 3 minggu abg tak blogging ni banyak sangat benda yang abg nak kongsikan....klak2 la abg crita....lagipun abg pun busy ni sbb skolah dah nak bukak kena kemas barg lagi...korg pun sama kan...nyalah ya...tapi sekrang ni yang abg nak crita pasal pmr 2009...eh eh tahniah la kpd f3 yg dah dpt straight A....bagi yang kurg berjaya tu...takpela janji korg jgn putus asa mungkin bukan rezeki anda kali ni....macam2 kerenah la aku nangga time org ambik result ya...ada yg terlompt2 la...terjerit2 la....tapi takpe jnji korg happy...tu yg laki...yg perempuan pulak lps tgk result berlri terus agak mak, sik lalek org gik, rempuh jak, dtg2 lalu terkam mak terus kedak singa mok makan lembu jak....lepas ya nangis2 (ei abg amir tok nganok org nya dikpun sama juak...ceh) aok jak la....tapi yang aku heran pahal korg nangis arrr?patut gembila la sbb result bagus???? heran2? time polah kes disiplin kat skolah tetak2 jak keja sik rasa bersalah pun....dah dapat result kacak nangis sik juak tetak ek...plik bena aku eh...agaknya dunia nak kiamat kot....mane2 korg la jnji happy....sesungguhnya apabila kita berjaya mengalirkan airmata seorg ibu kerana ia bangga kerana kita, kita seolah2 mendapt keberkatan daripada Allah seperti mengalirnya air disungai.....tapi mun ktk org polah ibu menangis sebab sedih pasal ktk org jaik gilak boleh dibaratkan dosa ya kedak tsunami jak masuk dalam akaun dosa kitak org....so sendiri mau ingat maa...tahniah gik kpd form3 sainsku 2009 ( brapa kali tahniah daaa).... semoga kejayaan itu akan lebih baik dan mencerlah sehingga akhr hayat amin......gik igt ku ada la biak tok nya padah pa gago ngan spm n pmr buknnya boleh jamin hdup pun....mun dapat stret A pun belum tentu berjaya dalam hidup...nangga org kaya2 kinek tok dolok sidak bukannya terer ni pun dalam pelajaran...brapa jak spm sidak...ada yg certain ya bknnya masuk skolah pun....berjaya juak idup...HEIIII kepada manusia itu abg ada jawapannya, tidak semestinya spm itu penentu kejayaan hidup,tapi salah satu penentu kejayaan hidup adalah spm,,,,, ha dengar tu.... eiiii mmg la merek berjaya tapi yang ko baca tu brapa org....kita mesti igt penganggur sekarg ni makin ramai.....yang ko dgr crita dulu org tu tak brapa pandai dlm pelajaran brapa persen je......so u pandai2 la pike sendiri aku pun dah maleh nak bloggng ni....ngantuk la wassalam..(p/s: sori a kalau artikel n boring sangat, abg sendiri baca pun boring......humm ape nak jadi??,,,,)