Pada hari sabtu 7 Rabiulakhir bersamaan dengan 12 mac yang lalu. Perkepis sekali lagi telah menganjurkan program sepetang bersama abang Kerol. Jesteru itu, kumpulan Samasuk Baba, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal dan sambil menyelam minum air telah mengiktiraf program tersebut sebagai program julung kali kumpulan.Program ini sepatutnya berlangsung pada jam 1.45, namun begitu sikap manusia yang kini sering mengamalkan apa yang orang sering sebut sebagai “Janji Melayu” dan program ini telah bermula pada jam 3 petang.
Pada permulaan program , abang kerol telah memulakan muqadimahnya dengan sesi Ta’aruf di mana semua hadirin diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing.Bak kata pepatah “tak kenal maka kita berkenalan la”. Sesudah itu, abang kerol memulakan perkongsiannya tentang hala tuju hidup kita sebagai manusia
“Kita tok sebagai manusia kita perlu tahu pa tujuan kita hidup and pa yang sebenarnya kita carik.”
“Kita mesti sentiasa bertanya pada diri pa matlamat kita even kita dah Berjaya. Boh sampei kita lost our identity”
“Pilih subjek yang kita minat . Mun xpat pun boh pilih subjek yang kita bencik”
“Dunia adalah ladang kepada akhirat dan sesungguhnya kita adalah milik Allah. Jadi manfaatkan peluang yang ada”
“Hendaklah ada diantara kamu yang menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran . Sesungguhnya mereka adalah orang yang Berjaya”
“Semua orang adalah khalifah kepada semua orang.”
“Mun mok berdakwah mesti memenuhi 3 perkara baruk cun.1.betul tempat.2 .betul orang 3. Betul masa.”
“ Umat tok mun nya mok Berjaya nya perlu ada 4 golongan , 1.Orang yang berpengetahuan, Pemimpin yang adil , Doa orang Soleh, dan Keberanian Kesatria, so pastikan kita antara 4 golongan tok”
Itulah antara ayat-ayat abang kerol.Program ini telah berjalan dengan lancarnya dan tamat selepas azan Asar. Diharap Perkepis dapat menganjurkan lebih banyak program yang mengajak orang kembali kepada Allah kerana:
“Hendaklah ada diantara kamu yang menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran . Sesungguhnya mereka adalah orang yang Berjaya”
Sekian. Ukhuwah Fillah Abadan Abada…Assalamualaikum.w.b.t
Kehadiran Samasuk:
1. Mohd Amirel Arsyan
2. Mohd Amirul Arshad
3. Khairul Anwar
4. Haji Haziq (card capture Sakura)
5. Nur Syahirah ( the only girl )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan