Khamis, 3 September 2009

cerpen bom2 time boring

Sayang, Abang Minta Izin Untuk Nikah Sorang Lagi

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"Norlia yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Amirul Arshad, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Ning Shahira, Sofe Jane, Ira Fantyra. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik puteri daranya yang berdua, si kembar, Shahkizza dan Shahkinna.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Amirul Arshad hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Norlia adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Rasyidah, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Amirul, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Azizi, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Norlia." Abang Amir, As tak kisah. As sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah As, As perlukan seseorang yang mampu memimpin As," masih terngiang-ngiang bicara lunak As.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.Aduhai, penangan Norlia gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya." Abang , Norlia setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Norlia nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Norlia bukan seorang yang panas baran. Norlia terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Norlia selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Norlia."Apa, nak suruh As jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata As yang berwarna hijau."Kak Norlia yang minta," masih lembut dia memujuk As."Biar betul, apa dia nak buat dengan As?""Takutlah As, silap haribulan dia bunuh As!" terkejut Amirul ."Percayalah As, Norlia bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Rasyidah mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini AS lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil As.Hari ini genap seminggu As bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi As, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana As pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar As untuk ditemuduga oleh Norlia. Sedangkan dia diminta oleh Norlia bermunajat di Masjid Darul Faizin. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Faizin.Dulu, sebelum dia mengenali As, saban malam dia akan bersama dengan Norlia serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok As melalaikannya. Haruman As memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Faizin, dia cuba mencari dirinya, Amirul Arshad yang dulu. Amirul Arshad antara anak Melayu yang bekerja sebagai doktor pakar pembedahan yang dahulunya terkenal dengan sifat warak dan alimnya . Amirul Arshad yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Norlia menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Norlia. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Norlia.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "As minta maaf. As bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. As tidak sehebat kak Norlia. As perlu jadikan diri As sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Amirul Arshad,Suami yang tersayang...Amirul Arshad diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Norlia jalankan pada As. Terima kasih kerana Abg membawakan Norlia seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Norlia kemukakan penilaian Norlia
.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Norlia yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Norlia sayangkan Abg. Norlia tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Norlia sayangkan Abg...
2. Norlia ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Norlia sayangkan Abg. Norlia tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Norlia kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Norlia masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Norlia sayangkan Abg...
3. Norlia ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Norlia minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Norlia harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Norlia sayangkan Abg...Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Norlia. Kalau diungkap satu persatu, Norlia tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Norlia mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Norlia tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Faizin mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada As. Oh ya, lupa nak cakap, As telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Norlia sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan As masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Norlia... Norlia sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Norlia adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Norlia bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai.. air tangan Norlia.Salam sayang,Norlia binti Salleh.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Norlia bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Norlia isterinya!!! !!************
MORAL OF THE STORY :Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..

cerita ini diadaptasi dari ringkasan karangan Buku Separuh Berisi Separuh Kosong... dan telah diubah 60 peratus oleh Amirul .... so jangan la terasa kalau macam kenal je watak2 di atas... dan juga ingin diberitahu bahawa nama2 watak ini telah pun diminta kebenaran untuk menggunakakn nama mereka..... so jangan salah anggap....

Tiada ulasan: